MAKLUMAN: Keputusan permohonan ke Ting 1 di SBP 2015

Keputusan permohonan ke Ting 1 di SBP 2015, boleh disemak melalui laman web KPM mulai 23 Dis 2014.

KOKURIKULUM

Jenan mengambil bahagian dalam kebanyakan acara ko-kurikulum yang dipertandingkan di semua peringkat. Namun begitu, bidang kebitaraan sekolah iaitu permainan ragbi dan pasukan pancaragam sekolah merupakan fokus sekolah bagi melonjakkan nama Jenan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dua pasukan tersebut merupakan kebanggaaan sekolah dan menjadi harapan untuk sentiasa mengharumkan nama sekolah setiap kali turun bertanding.

Read More

AKADEMIK

Warga Jenan sedia maklum tentang aspirasi Jenan bagi mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Keputusan PMR dan SPM sentiasa menjadi penanda aras kejayaan sekolah setiap tahun bagi mengekalkan status sekolah berprofil tinggi di Malaysia. Pelbagai program sokongan diadakan oleh pihak sekolah bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Antaranya ialah kelas tambahan, perfect score, kawan bantu kawan dan teknik menjawab matapelajaran.

Read More

HAL EHWAL MURID

Pembangunan sahsiah pelajar amat dititikberatkan di Jenan. Bahagian Hal Ehwal Pelajar sentiasa memastikan pelajar berada pada tahap disiplin tertinggi dan mengamalkan budaya hidup pelajar SBP dalam setiap aspek kehidupan. Pelajar sentiasa diberi kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan penting seperti rawatan kesihatan, kaunseling, perkhidmatan dobi, kafeteria dan dewan makan bagi menyokong aktiviti pembelajaran dan ko-akademik yang mencabar di Jenan.

Read More

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim terletak di negeri Kedah Darul Aman merupakan sebuah institusi pendidikan yang mempunyai kepentingan dan nilai sejarah khususnya kepada pendidikan masyarakat Melayu di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963 hasil implikasi langsung kepada Penyata Razak 1963, SMSAH atau lebih dikenali sebagai Jenan merupakan sebuah sekolah yang menyediakan pembelajaran ilmu Sains dalam medium Bahasa Melayu pada ketika penubuhannya yang ketika itu hanya ditawarkan oleh sebuah sekolah lain di Malaysia iaitu ¬†Sekolah Alam Shah. Oleh itu Jenan merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang berstatus premier iaitu setaraf dari segi sejarah dan kekuatannya seperti mana beberapa SBP premier lain contohnya Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kurshiah. Bersesuaian dengan peranan sekolah yang menawarkan ilmu sains, kini Jenan berbangga dengan alumni yang hebat di dalam bidang akademik seperti Profesor Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu dan juga Profesor Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Kegemilangan Jenan berterusan pada era moden apabila telah dianugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010.

mac