Tentang Sekolah

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim terletak di negeri Kedah Darul Aman merupakan sebuah institusi pendidikan yang mempunyai kepentingan dan nilai sejarah khususnya kepada pendidikan masyarakat Melayu di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963 hasil implikasi langsung kepada Penyata Razak 1963, SMSAH atau lebih dikenali sebagai Jenan merupakan sebuah sekolah yang menyediakan pembelajaran ilmu Sains dalam medium Bahasa Melayu pada ketika penubuhannya yang ketika itu hanya ditawarkan oleh sebuah sekolah lain di Malaysia iaitu ¬†Sekolah Alam Shah. Oleh itu Jenan merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang berstatus premier iaitu setaraf dari segi sejarah dan kekuatannya seperti mana beberapa SBP premier lain contohnya Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kurshiah. Bersesuaian dengan peranan sekolah yang menawarkan ilmu sains, kini Jenan berbangga dengan alumni yang hebat di dalam bidang akademik seperti Profesor Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu dan juga Profesor Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Kegemilangan Jenan berterusan pada era moden apabila telah dianugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010.